Friday, September 23, 2011

.: Wayang - Part 2 :.

Hai,

Seperti yang dijanjikan.(cume janji nk update mlm tadi je tak ditepati hahaha.mls ngantok.)

Filem: Bini-biniku Gangster
Aktor2 & Atress2 : Shaheizy Sam,Yana Samsudin, Intan Ladyana dan lain2.
Masa Tayangan: 1 jam 32 minit
Perkataan: Best Giler (but not including ending. :p)

Apa yang Best. saye cite siket ye.

  • Hubungan Suami Isteri yang suweet sangat. Sape yg tengok confirm2 la teringin laki / bini cmtu. 
  • Sepanjang movie ni, sentiasa ketawa. sesape yang tak ketawa tu, something wrong kot. Ada wayar shoot where2 lah tu. hahaha (rosak2
  • Kanak-kanak tak digalakkan tengok sebab akan terpengaruh dengan aksi2 yang tak sepatutnye. Dan kemungkinan dorang tak paham ape yng owg dewasa ni ketawakan. (Hikhikhik)
  • Aksi-aksi pergaduhan yang dilakukan oleh yana dan Intan sgt cantek, especially Yana, dengan stail 'kak Yong' yang cool. wah! smart2.(Teringin nk tahu bape byk lebam yang dorang dapat tyme buat aksi tu)
  • OK. sangat suke statement ini "Takpe, kalo tak dapat habuan kat sini, nanti dapat habuan kat sana" oh! i'm Tacing. Beruntung la dapat bini baik cam manje. sentiasa pikirkan tentang kebahagiaan keluarga.
  • Tapi, dalam cerita ni, Scene "Mat Saje" kekadang rase semak plak. Ngan Perot boroinye. pahtu cakap nk hebat jek. (Rase geram tahap nk masukkan mamat tu dalam tupperware depan ni ha

oleh itu, saya bg 5 bintang kat movie ni!
k bye. sape2 yang belum tgok, g tgok cepat 
(malas gile ek)


Thursday, September 22, 2011

.: Wayang - Part 1:.

Hai.


Bini-biniku Gangster. 
EXCITED!


Kenduri wayang la malam ni.

k Guys! mlm ni aku update ye movie ni. (Kot rajin!). Papepun meh nengok trailer dulu. 



Bye!


Saturday, September 17, 2011

.: Never. Lose. Hope :.

Hai.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
kadang2 ape yang kite nampak xsemestinya mengambarkan siapa dirinya yang sebenarnya. Oleh itu, kite sebagai manusia kenalah memandang seseorang tu dengan mata yang tidak sempurna kerana setiap orang mempunyai masalah yang tersendiri. Tidak semua perkara boleh dikongsi.



Im really touching with this statement.

" I'm glad to know you better now and impressed with your strength to shoulder all the problems that's happening now. Just to let you know that i'm always here if you need any help."


It come from someone that far from me before. But now, i feel more closer than before.

Tapi percaya la. Ada ketikanya aku jatuh jugak dan setakat ni masih mampu berdiri kerana mempercayai kata-kata " Sesungguhnya Tuhan tidak akan menguji seseorang hambanya itu jika hambanya itu tak mampu untuk tempuhinya "

Oleh itu, Aku Mampu! Chaiyok2!

^_^

Thursday, September 15, 2011

:.Perli ala-ala sweet gitu.:

Hai.

Seperti dalam Sitcom OH! yeah.. Ada segmen tentang budaya sindir menyindir atau sama erti dengan tajuk entry ni iaitu PERLI. hehe. Bagi aku, perli ni lagi best dari straight to the point gitu. Kalo nk straight to the point tu bole mengundang pergaduhan kan. kalo perli ade la terselit gurauan siket2 tapi kalo perli kat owg yg MASUK TINGE KANAN TAPI KELUAR TINGE KIRI. Tak berkesan pun. so WAJIB straight to the point. hahaha, bak kate orang tue, bagai mencurah air ke daun keladi. hehe.

Baru -baru ade la gak kene penangan PERLI tapi perli ala-ala sweet dari Abg Engineer kt sini. Al kesahnya... Ruang meja die sangat la besar dan aku ade MEGA PROJECT (kononnye) from accountant, dan memerlukan ruang yang besar. so memandangkan En Engineer ni slalu mengulor buat keje luar, jadi pinjam la sekejap ruangnye.. (meja die pon). After raye, keja tu pon 80% siap dan hanya memerlukan sikit touch up2 jek, jadi aku buat la keja kat tempat aku. Tapi aku tumpangkan jugak satu kotak kat tempat die.

Pada suatu hari, die mengunakan ruang yang aku gunakan dulu untuk mewarna drawing die (eh, men colour2 lak).. tetibe die bertanya

Abg Engineer : Jannah, kotak ni da boleh alihkan x? (Lembut gile tanya)
Aku: Oh! dah! jap he.. (menuju ke arah beliau)
Abg Engineer : Eh, kalo belom siap ta pe la. Tanya je (muke mcm memerlukan ruang)
Aku: Tak pe la, abg da marah, owg alihkan la. (muke buat2 ta kesah sambil tolak kotak tu ke tepi sikit tapi masih dalm ruang bilik die :D)
Abg Engineer: Tak marah la. Tak pe la.. letak la..
Aku: owg letak cini bole?

(ruang selepas pengalihan kotak tu cukup untuk die buat keje)

Abg Engineer: Oke je.

Dan aku pun berlalu.

Dari jauh..

Abg Engineer: Hmm.. Jannah! Agak-agak TAHUN ni boleh alihkan tak? (jerit die dari tempat duduk die)

Aku pon, buat muke cm kerang busuk je la. dan berkata. "Ala, nanti owg alihkan lah!"

-.-"

So, sweet kan cara die perli . hehehe. tapi kotak tu masih di situ. hehehe.



kalo nk buat keja berdua, ta gado ta sah. tapi yg best "oh cmtu eh, ha ok la, ta kesah la, ikot jannah, mana yg senang" tu yg best tu. :p Tak payah nk lawan mulot bagai.